Saturday, July 14, 2012

Thursday, July 12, 2012

Sesi bersarapan

Muka2 org tgh sarapan soto...kejelah,mkn aje..hihihi!


Aku x de mood...

Aku x de mood hr ni! Boring tgk muka org tu...sakit hati plak. Aishh...apelah aku ni. Sabo2...bykkn istighfar. X baik sue,apelah ko ni...
Ya Allah ampunilah hambamu ini...

Status: Married..

Married? Ye..aku sdah brkawin. 2/6/2012 tarikh aku menamatkan zaman bujangku...cewah.


I'm back

Wahh..dh lamanye x brcite kt blogku ni ye. Dh brsawang blog ni aku tgk! Hihihi..nak kmas blk lah...

Saturday, July 30, 2011

Manisnya Tahajud

"Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan,      disisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi denganmunajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepadaAllah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana iabergantung kepada penghuni-penghuninya.
Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra denganTuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya.

 Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah s.w.t.  
Berkata Al Fudhail bin Iyadh,"Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!"

 Abu Sulaiman pula berkata, "Jikalau tidaklah kerana malam nescaya sayatidaklah menyukai tinggal di dunia ini."Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah jugamenurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepada hamba-hamba-Nya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.

 Pada waktu malam juga akan ada satu detik di mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan lebih pahalanya.

 Sabda Rasulullah bermaksud:

 "Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalahlebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka."

 Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: "Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk kesuraman kubur."


 Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat.
 Allah memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggal keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam, maka golongan ini telah membasuh diri dengan wudhuk dan berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t. Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah. Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah menyediakan sebuah syurga bagi hamba-hamba-Nya yang menghidupkan malam.

 Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada kita namun kepayahan untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang manusia melakukannya.

 Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah s.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji jiwa dan malas."

 Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah kalau diletakkan mereka dalam golongan manusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah s.w.t. Golongan ini juga telah mewarisi pekerjaan orang-orang soleh.
  
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
 "Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa."

Friday, June 3, 2011

Merayau...novel...

http://www.emocutez.comHari ni tnggal aku sorang je prmpuan kt ofis..mana g prmpuan yg lain?? cutilahh pe lg,kesian aku...memandangkan hari ini Jumaat time rehat pn pnjang so aku gi lah City Square merayap sorang diri mmbawa hati yg larahttp://www.emocutez.com...huhuhuhu..ceh,poyos jer! Sbnrnya aku nak beli Portugis Egg Tart kt CS..dh lama x mkn..egg tart kt situ sodap!! Ape ye nama kedai tu, lupa plak...soweii!!http://www.emocutez.com Sblm beli egg tart akak round2 ler dulu, dr tngkat bwh smpi ke atas..perut lapo plak so aku g food court cr mkn..ehh,bkn ke nk beli egg tart ke td? Aarrgghh..egg tart jap lg lah, perut dh lapo ni...mls nk fkr mkn ape, mkn jelah tenpayaki...lgpn aku sorang jer...

* ala mcm lauk mak wat kt umah, syur togeh ngan ayam greng kecik2..kekeke

Abis isi perut, g singgah popular japlah...dh lama gak aku x beli novel ye..bc novel mmg hobi aku, byk giler novel2 kt bilik aku tu..skrg x smpt nak baca. Tiba2 aku trnampak  novel penulis faverit aku, Aisya Sofea..tajuknye Masih Setia..aku beli lahhh...mlm ni gak aku akan abiskan baca, klu larat lahhh..tgh2 duk belek2 novel, aku trdgr kakak2 kt sblah aku tgh mncari novel KASIH YANG SUCI..cm prnh aku bc novel tu,mg prnah pun..tp nape akak2 tu beriya2 cari? Oooo..br aku tringat! Ni gara2 cite NORA ELENA lah ni..Sbb cite tu diadaptasi dr novel Kasih yang Suci tu..serius aku x prnah pun tgk cite tu, kesiankan. Cm mane aku nak tgk, org2 kt umah aku tgh dok giler cite CINTA MELODY tu..

 *Novel AISYA SOFEA yang aku beli hari ni..

Kasih yang suci - cite NORA ELENA diadaptasi dr novel ni..

Nmpaknye dh byk cite2 drama amik dr novel skrg..yg lps Lagenda Budak Setan, ni Nora Elena dr novel Kasih yg suci lps ni aku dpt tau cite Ombak Rindu plak..aku mmg minat giler ngan cite Ombak Rindu tu, sape yg kaki novel msti tau cite tu..x sbr nk tgk dlm bntuk filem plak..Eh, aku dh trmasuk cite novel plak..bkn pe saje je nak merepek kt blog aku ni...kekeke.. Sbnrnye aku byk novel kt umah, ada dlm 1 tong. Aku x tau nak wat ape kt novel2 tu, dh byk sgt..nak jual @ bg kt library kt kampung aku ni? tp syg lahhh...nnti aku nak publish dlm blog lah novel2 yg aku ada, mana tau ada org minat nak beli ke..hehehe. Oklah, smpi disini saje cite saya..sekian terima kasih..!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Links