Monday, March 30, 2009

KeKaDanG KiTe TaK TaK TeRFiKiR PuN....

RENUNGAN:

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL..

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager....

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ...

8) Dalam semua segi kita mau kanperubahan kearah yang lebih baik danglamour...

9)mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong

TETAPI...KITA JUGA LUPA....SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIANKITA....DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPATADALAHPEMBERIAN TUHAN....'ON LOAN'...SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAHKITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAN UNTUK MATI 'Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan......

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...3

) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid. ....

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU.......7

) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet ----- 2 jam majallah/suratkhabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA.
Perkara berkaitanAKHIRAT slowly di ketepikan... . ..
Contohnya:
Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .........
Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. ..
bila tuhan beri kenaikan pangkat &gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kitapun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,jiran, rakan-rakan, DLL.
Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang punya mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun...
Tuhan juga memberikita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ...dengan sebaik mungkin..
Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebihkurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...infiniti....
Semuga tuhan terus memberikita petunjuk dan hidayah untuk kita berjayadi dunia dan akhirat.

1.. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ...
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikutkehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumidan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyakmisik..
7.. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.

'Telah bersabda Rasullullah S.A.W:'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikatpada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid..
2.. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulanramadhan.
3.Orang berpuasa di hari Arafah.

'Sekian untuk ingatan kita bersama.Wassallam.

Monday, March 23, 2009

Apa tu?

Apa tu?! hehehehe..nilah tudung baru aku. Ala2 layang2 @ rama2, kata budak ofis aku. Harga murah RM12 aje..Aku suka tudung mcm ni,senang nk pakai jimat masa sbb sarung aje!
Cukup bln ni nk beli byk2 lg..hahahaha...!

Sunday, March 15, 2009

SeLamaT PenganTiN Baru!

Hari sabtu lepas, aku g mjlis kawin kwn ku..Zakiah! Selamat Pengantin Baru tuk dia & pasangannya Maslan...semoga kekal hingga akhir hayat! Amin...! Masa ni lah dpt jmpa kwn2 lama,seronok dpt kmpul ramai2...lps ni turn sapa lak ye...tunggu jelah...








Thursday, March 12, 2009

Maulidul Rasul di SAJH

Hari ni smpena Maulidul Rasul, tmpt keja aku wat lah majlis Maulidul Rasul. Kitaorg ditugaskn jaga mkn & minum. Smbl2 wat keja smpt lg pose sakan..! Hehehehehe...







































































































































Hepy Bufday...Kak Liana!




Apakah Gambar ni?! Sapa yg pndi cuba teka! Hahahahaha...! Nilah cupcakes yg kak Liana order ngan Kak Long sempena Birthday dia..dia order cupcakes yg feminin! hasilnya...inilah! hahahahaha...ada yg bntuk bibir,lipstiks,handbag dll...anyway Hepy Bufday 2 Kak Liana!

Berry Malaysia..

Nilah Berry Malaysia (tapak tgn spa lah yg putih tue?!....ahaakss) ! Hasil tanaman Pn Norliana kt umah dia...! Hari ni dia bwk buah tu sbb kitaorg x pcaya yg berry ni leh tanam kt Malaysia...jem dia pn sedap! Habis 1 bungkus roti Gardenia kitaorg mkn! Hehehehehe....

Wednesday, March 11, 2009

SeLiPAr BALI...

ni oleh2 dr BALI..drp Pn Norliana kita tu...gi honeymoon gitu kt sana! Dia bg selipar ni sorang satu...!
Thanks Kak Liana! Klu g lg, ingat2 lah kita org kt sini...hehehehehe


Thursday, March 5, 2009

Friday Morning..

Hari ni aku blnja APAM SUSU tuk bdk ofis aku. APAM SUSU yg diwat oleh KAK LONG! Sbb tgk kt dlm blog dia cm sdp aje..tu yg tmph! Aku tmph 30 biji..skjp aje abis! Cm x caya aje tmph 30 biji! Anyway thanks to Kak Long! APAM SUSU mmg best!



ini je yg smpt diselamatkan...!
Sedaaapppnyaaaa...!

Monday, March 2, 2009

ADAB MENDENGAR AZAN..

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. ..' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'
Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.Subhanallah. ...Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.
'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.
Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.
Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.
Allahu Akhbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Links